Benarkah Mahluk Halus itu Berwujud
Benarkah Mahluk Halus itu Berwujud
1. Kekeliruan :
Saya pernah mendengar pertengkaran yang hebat di antara seorang yang berpendidikan tinggi dari barat dengan seorang yang berpendidikan agama mengenai kepercayaan kewujudan makhluk halus sperti hantu, jembalang, tuyol dan sebagainya. Adakah makhluk ini benar-benar wujud?
Masing-masing menegakkan hujah namun tidak ada penyelesaiannya. Apakah pandangan dan komen ustaz mengenai perkara ini?
Al-Jawab:
Persoalan Benarkah Mahluk Halus itu Berwujud yang saudara kemukakan ini sememangnya berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini yang kebanyakannya berpegang kepada ilmu pengetahuan sains moden yang berorienstasikan logik akal bahawa sesuatu wujud jika ia dapat dilihat dan dirasai. jika tidak, bagi mereka sesuatu itu tidak wujud.
Persoalan ini merujuk kepada penggunaan istilah sama ada hantu, jembalang, toyol atau sebagainya.
Saya cuba melihat perkara ini dengan lebih halus. Dalam Kamus Dewan, makhluk halus ini diertikan sebagai hantu, bunian, jembalang, pontianak, langsuir, pelesit yang merupakan roh jahat yang merasuk dan melakukan pelbagai kemudaratan kepada manusia.
Semua istilah ini terkenal dalam budaya masyarakat Melayu. Bagi masyarakat lain seperti Arab, mereka menggunakan istilah seperti al-jin, jinni, jinnah, syaitan, Iblis, Ifrit dan sebagainya.
Dalam kamus Arab yang terkenal seperti al-Munjid, Lisan al-Arab, Mukhtar al-Sihah dan lain-lain menyatakan erti istilah yang disebutkan di atas bermaksud, roh-roh kotor atau jahat yang melakukan kejahatan secara tersembunyidan menakutkan anak-anak Adam AS dengan pelbagai-bagai cara.
Kedua-dua Kamus Dewan dan Arab ini merujuk kepada istilah yang sama. Nama-nama makhluk halus yang terkenal dalam masyarakat Melayu terebut sama dengan nama-nama yang disebut oleh masyarakat Arab, iaitu suatu makhluk yang tidak boleh dilihatdengan mata kasar, atau hanya boleh dilihat dalam keadaan tertentu sahaja.
Sekiranya kta merujuk kepada Al-Quran dan Hadith-hadith Nabi Muhammad SAW, kita akan menemui istailah yang sama.
Al-Quran menyebut syaitan atau syayatiin, jin atau jinnah, qarin, Iblis, Ifrit dan sebagainya. Dalam hadith yang sahih kita akan berjumpa dengan istilah Ummu Sibyan, Khanzab, Aamir, 'Aamir, Alwalaan, Mukhannas dan Mukhannathuun.
Semua istilah ini sama ada dalam Al-Quran dan Hadith merujuk kepada wujudnya makhluk2 halus ataupun roh2 jahat yang mengganggu manusia denga pelbagai cara. Malahan dalam surah Al-Ahqaf ayat 29 dalam firmanNya:
وَإِذْ صَرَفْنَا إِلَيْكَ نَفَرًا مِّنَ الْجِنِّ يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآنَ فَلَمَّا حَضَرُوهُ قَالُوا أَنصِتُوا ۖ فَلَمَّا قُضِيَ وَلَّوْا إِلَىٰ قَوْمِهِم مُّنذِرِينَ(29)
Maksudnya: Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!"
Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran. Disebutkan juga dalam Hadith yang sahih bahawa RAsulullah SAW telah bertemu dengan masyarakat jin untuk menjelaskan ayat-ayat Al-Quran.
Hadith daripada Ibnu Abi Hatim yang diriwayatkan daripada Mujahid menceritakan Nabi Muhammad SAW bertemu dengan masyarakat jin untuk berdakwah. Kesimpulannya, makhluk halus itu memang wujud dan wajib dipercayai.
Pada pandangan saya, yang membezakan hanyalah pada istilah atau terjemahannya sahaja sedangkan kesemuanya adalah makhluk yang sama.
Sama ada hantu, jembalang, jin tanah, pelesit, bunian dan sebagainya istilah makhluk halus yang wajib dipercayai kewujudannya sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Quran. Tidak mempercayai ayat-ayat Al-Quran boleh membawa kepada kerosakan aqidah.
Sumber : Al-Faqiru Amjad Al-Fathoni Ila Allah
Post a Comment